Nama Saintifik: C. frutescens var. grossum
Bahasa Inggeris: Capsicum / Bell Pepper
Lada benggala terkenal sebagai lada yang pedas dan manis. Ia berwarna hijau ketika mula tumbuh, dan, bergantung kepada jenis, bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih, atau coklat apabila matang dan masak. Ketika muda, lada benggala mempunyai rasa sedikit pahit. Ia bertukar menjadi kemanisan apabila matang, tapi tidak semestinya ketika masak ranum. Jika tidak dipetik ketika matang tetapi dibiarkan tumbuh ranum, rasanya akan menjadi lebih manis.
Lada benggala boleh dimakan dengan mentah dan selalunya dihidang sebagai snek atau salad, menjadi penambah perisa dengan teksturnya yang rangup. Ia boleh dibakar, dipanggang, ditumis, atau digoreng bersama bahan lain. Lada benggala yang dibakar sangat sesuai untuk dibuat sos, dimasukkan dalam pasta, salad, dan sandwich. Apabila dibakar, lada benggala akan mengeluarkan rasa manisnya, menambah perisa kepada pelbagai masakan.
0 comments:
Post a Comment