Kebaikan Alfalfa dalam perspektif kesihatan. Antara info alfalfa dibawah ialah :
- “Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga.
- Alfalfa mempunyai kandungan klorofil yang tinggi, bertindak sebagai pembersih tubuh yang asli, pelawan infleksi dan alat penyahbau yang asli.
- Alfalfa adalah julap yang baik dan diuretik yang asli, digunakan untuk merawat infleksi urinari, buah pinggang dan pundi kencing dan kerosakan kelenjar prostat.
- Alfalfa ialah terapeutik untuk artritis dan pengekalan air. Tabib-tabib Cina di kurun ke-6 menggunakan Alfalfa untuk merawat batu karang dan untuk melegakan pengekalan cecair dan bengkak.
- Alfalfa adalah juga tonik perangsang untuk ketidakhadaman, kurang darah, kurang selera makan dan pengasimilasi nutrien yang kurang baik.
- Alfalfa ialah pembuka selera makan yang ulung di mana didapati ia boleh merendahkan paras kolestrol dan memperbaiki kesihatan dan kecergasan.
- Alfalfa mengalkalikan dan menyahtoksikkan tubuh terutama hati. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari dan mengandungi agen anti-kulat.
- Alfalfa digunakan untuk merawat sakit kuning dan untuk menggalakkan pembekuan darah.
- Alfalfa membantu merangsang laktasi untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.
http://www.21stcentury.com.my/bm/alfafa_powder.asp
http://cpintrass.com/blog/produk/kebaikan-dan-khasiat-alfalfa/.html
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/kamalam.htm
0 comments:
Post a Comment